Thursday, August 4, 2011

tak terucap dengan kata-kata

Salam.. hampir setengah tahun aku tak ber'blogging'.. hehe. al-maklum la, aku bukan seorang blogger yang tegar. :) okey, dengan lafaz Alhamdulilah, aku mulakan entri untuk kali ni. Pagi tadi, semasa aku tengah on9 FB, aku adalah jumpe 1 blog nih. Masyaallah, aku kagum sangat dengan keberanian diorang berdua tu. Walaupun umur baru 19 tahun, aku boleh nampak sifat berdikari dalam diri diorang berdua. Nak tau tak ape di sebalik entri yang aku tulis ni? Jeng2.. Jap2... nak bersin jap. . Hachummm.. (maap: aku selsema 2,3 hari ni :) ) hek3.

Ok, aku nak mula ni.. Nak tau x? (p/s: apela nadia ni. cepatla sikit. henggot betul la. haha)
Ni ha... aku nak ambil sikit la mood kebahagiaan mereka berdua tu. huhu. Kalau korang nak tau, si gadis dan si jejaka tu baru je habis matriks. Kiranye , dorang tu alumni KMNS la kan. :) Aku belek punya belek FB orang lain, aku terbaca la 1 link blog yang sumbody post nie. Aku klik la. Coz curious sangat nak tau!

Owner blog tu sangat manis orangnye..Ni blog dia. http://myraluvherlife.blogspot.com Aku baca la entri yang dia tulis. Dia tulis , "Kini Aku Bergelar Seorang Isteri" Perrgghhh. Dalam hati aku, bertuahnya dia ni..Huhu. Selepas aku baca sampai habis entri dia tu, aku terasa seolah-olah, aku pulak yang berada kat tempat dia. ( ngade2 pulak aku nih kan. haha ) Aku sangat bangga dengan diorang ni. Even aku tak kenal pun dengan diorang, tapi, bagi aku bila seseorang tu dah menjangkau ke alam perkahwinan, tugas yang berat bakal seseorang itu lalui sebab kita bukan bujang lagi. Hehe . (Amboi cik kak kita ni, macam dah ada pengalaman je) ahaha. Jangan korang pikir bukan-bukan plak k. Aku tak kawin lagik. :DD Oh ye, Sifat bertanggungjawab, setia, jujur, amanah, kasih sayang, perlu ada dalam setiap hubungan. Bukan untuk yang bercinta je, yang dah kawin pun tersangatla penting. Untuk kekal lama sehingga akhir hayat. Aminn. Tapi jangan lupa pada Dia Yang Satu =Allah S.W.T...

Ermm..ermm.. sebelum ni aku pernah tanya kat mak aku. Aku takut nak tanya, tapi aku beranikan diri gak. Sebab mak aku tu garang beb. Hehe. Tapi hati dia lembut. :) Berikut adalah dialog antara mak & anak :-

Aku : Mak, boleh tak kalau acu nak kawin awal. Sebab dia ade plan nak meminang. Maybe mase acu 4th year nanti. Macam mane ye mak??

Mak : Dah-dah. Buat mase sekarang aku taknak dengar pun soal kawin-kawin ni. Bagi habis belaja dulu. Lagipun ang tu muda lagi. Mungkin nanti hati ang tu berubah ke orang lain plak kan. Aku kenal sangat perangai ang tu. Hati tak tetap. Dan jangan bagi orang harapan. Tak baek. (dengan nada yang tenang)

Aku : Tapi mak. Kan elok kalau kawin awal. Untuk elakkan perbuatan maksiat. Nanti kalau keluar dating pun, orang laen takleh curiga kat kita sebab kte dah jadi milik lelaki tu. Betul tak mak?? ( smbil wat muke snyum2 kambing kat mak aku )

Mak : iya.. tu memang la betul. Tapi dengan umur ang yang mude sekarang ni, belum sesuai lagi nak pikir tentang kawin. Ang tu pun aku duk jaga sekarang ni. Aku tak halang sape pun pilihan ang. Tapi biarlah laki tu boleh jaga ang dan tak mengabaikan ang. Papepun, habiskan belaja dulu. Pastu keje dulu sekejap. Pastu ang nak kawin, kawin la. Aku tak halang. Aku cume nak ang belaja uruskan diri sndiri dlu & family ang ni. Supaya ang boleh lalui pahit getir, suka-duka sebagai seorang isteri.

Aku : Ok.. Insyaallah.. Kalau cmtu, orang ikut ckap mak ye. Jangan risau, orang takkan abaikan kebajikan mak & mamat . (P/S: mamat tu abang aku. :D )

Sebenarnya, aku nak jugak kawin awal ni. Tapi tak diberi keizinan. Sebab aku kena ikut nasihat mak aku. Coz nasihat2 seorang ibu & ayah ni menjamin kebahagiaan kita jugak kan. Tak rugi kalu ikut pun.. Huhu....

Sekian untuk kali ni~
Suke? Like je oke :D

0 comments:

Post a Comment