Monday, January 31, 2011

CeriTEra LaSt MiNit


Kiri: tiket yang dibeli awal.
Kanan: tiket yang dibeli last minit.


29/1/2011 :

Aku nak balik Teluk Intan (T.I).. Aku dah beli tiket seminggu awal kot. Takde bas yang direct dari Kangar ke T.I... So, aku terpaksa naik bas 2 kali. 1st dri Kangar ke Butterworth(10.30 pagi). Then, dari Butterworth ke T.I( 2 petang)..Tapi nak dijadikan cerita, aku terbangun lewat pagi yang aku nak balik tu. tapi takde la lambat mana pun. 8.30 pagi aku bangun. Aku terus kejutkan rumet aku coz dia yang akan hantar aku ke stesen bas Kangar tu. Sampai kat Kangar around 9.30 pagi. Berlari-lari aku ke kaunter coz tiket ke Butterworth tu kena beli on da spot. Tak boleh beli awal2 macam tiket2 laen. So, aku pun pi la beli. Aku nak beli pukul 10.30 punya. Sampai kat Butterworth tu dalam pukul 1. Then, aku kena tunggu sejam untuk naik next bas ke T.I pulak. Tetibe pakcik kat kaunter tu cakap, bas last ke Butterworth pukul 9.30. Coz bas banyak rosak. Penjualan tiket akan stat balik pkul 12.00 tengahari. Perggh,, angin aku sekejap. Mane sempat nak kejar bas aku yang kat sana tu kan. Then, aku pi la ke kaunter laen. Banyak yang full. Klau ade pun, 6.30 petang. Alamatnya , tak balik la aku camtu kan. Aku pikir sejenak. Baru aku teringat yang aku ade 2nd choice. Aku nak try beli tiket lain. Dari Alor Star ke T.I. Memang nasib aku la, tiket tu ada. Yang terakhir pulak tu. 8 malam.. 1st time dalam hidup aku beli tiket last minit . HAHA. Bila pikir balik, gile plak aku ni. Nak balik punya pasal kan. Hehe. Pastu , aku mintak tolong rumet aku hantarkan aku ke Alor Star. Dia pun layan je ngan kerenah aku ni. hehe. THANX YUMMY.. Takkan lupa jasa ko! Bertolak ke AS pukul 12.30 pm. Sampai pukul 1.15 pm. Ada 6 jam lebih sementara aku nak naik bas. So, kitorang abiskan masa kat Alor Star Mall sepanjang hari tu. Nak tengok wayang, tapi tak jadi. Coz YUMMY takley tengok cter hantu. Aku teringin nak tengok muvie KHURAFAT tu. Dah banyak kali pi tengok wayang, tapi ade je penghalang untuk aku tengok muvi tu. Hehe. Tapi pikir balik, dah la YUMMY balik kuala perlis malam. Drive sorang2 pulak tu. Then, kitorang tukar plan laen. Dia ajak pi karoke. kat dalam mall tu jugak. 3pm-6pm: rm18 hengget sorang. HAA.. Melalak la kitorang berdua dalam bilik tu. Dua2 perempuan. Aku tak la malu sangat. Hehe. Klau ade laki join kitorang, siyezly, aku takkan pi karoke tu. Takut gak kalau2 ade pencegah maksiat datang ke kan. Hehe. Lepas pukul 6, dia pun terus hantar aku ke stesen bas Shahab. Jalan jem plak masa tu. Harap2 dapat smpai awal. Alhamdulilah la. Kitorang sampai pukul 7. Ade baki sejam lagi sebelum aku naik bas. Dia sanggup teman aku kat sane.Sampai depan bas .Tengs banyak2 weh. Takkan lupa jasa ko. Huhu.. Ni gambar kitorang berdua kat Mall tu. Menggedik kat toilet sat. Haha.


Suke? Like je oke :D

Thursday, January 27, 2011

MeMoRi antara kau dan aku !












Suke? Like je oke :D

Wednesday, January 26, 2011

DenDAM? PeRosak Jiwa je lah ~


Setiap orang pernah sakit hati kan. Dan kompem pernah berdendam dengan seseorang kan.. Dan aku salah sorang daripada hamba-hamba Allah tersebut.. Erm, siyezly aku kalau dah benci seseorang tu, aku akan bencikan dia sampai bila-bila. Aku pun bukannya "BAEK" sangat pun. Tapi aku takkan benci seseorang tu melainkan orang tu yang cari pasal dulu. Hurm. Aku start berdendam-dendam nie masa tahun 2007. Perghh, sakit gila dowh hati ni. Sampai tahun ni aku susah nak lupakan apa yang "beliau" dah buat kat aku. Muka baik, tapi tak aku sangka dia macam tu. Tak perlu la aku nak cerita apa masalah aku antara orang kedua, orang ketiga dan aku~ Macam mengaibkan pulak kan. Tapi baru-baru ni aku terpikir, perlu ke aku nak berdendam? Jawapannya: Aku ade terbaca motivasi kat tenet nih. Kat situ tertulis, keburukan berdendam. Sangat lah buang masa oke. Merosakkan jiwa dan hati ade ler. Dan aku terpikir, dah masanya aku maafkan dia. Aku sebagai hamba Allah , tak pernah lari daripada kesilapan. Dan setiap yang bernyawa, tak terlepas daripada dugaan Allah. Anggap lah dugaan yang diberi tu sebagai motivasi dan iktibar untuk teruskan hidup. Memaafkan seseorang memang diharuskan dalam Islam. 4 tahun, bukannya lama. Agak-agaknya bernanah dah kot hati aku nie. HeHe. Aku dah pun maafkan dia. Semoga dia berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat. Jangan kerana seorang lelaki, kita nak berdendam. Jodoh dan pertemuan ketentuan Allah, kalau kita clash dengan gf/bf kita, jangan nak frust menonggeng bagai. Coz setiap perkara yang berlaku telah diaturkan dengan takdir Allah. Mungkin Allah menjanjikan yang terbaik untuk kita di kemudian hari. Dan kalau dah jodoh tertulis dengan orang tu, terimalah dia siapa diri dia sekarang. Jangan nak ubah-ubah dia ikut citarasa korang pulak ye. takde maknanya sume tu. Macam ubah batu ke berlian . Mustahil gila kan. HuHu. Cinta yang hadir lahir daripada hati yang suci, bukan dari hati yamg busuk or dengki-mendengki nih. Aku tak nafikan, hati aku tak pernah tenang lepas perkara tu berlaku dalam hidup aku. Tapi sekarang, Alhamdulilah, aku dapat teruskan hidup dengan orang-orang yang sentiasa sayangkan aku, dan beri sokongan dalam hidup aku. Terutamanya mak aku dan "seseorang". Hehe.
Suke? Like je oke :D

Tuesday, January 25, 2011

ERTI CINTA~JODOH PERTEMUAN~



(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Surah An-Nur:26


Dari firman ALLAH di atas jelas ALLAH telah menjanjikan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat (sama juga untuk pihak perempuan). Apakah definisi sebenar baik dan jahat dari segi Islam? Sebenarnya konsep baik jahat terletak kepada akhlak dan iman seseorang.

Seringkali terdengar perkataan merendah diri. ’saya tidak sesuai untuk awak kerana awak terlalu baik’. Ayat sebegini bagus kerana merendah diri, tetapi adakah lebih elok dikatakan ‘InsyaAllah saya akan berusaha jadi lebih baik kerana ALLAH dan saya bersyukur mengenali awak’. Mengapa ia lebih elok? Jawapan: Menunjukkan kesyukuran kepada ALLAH kerana dipertemukan dengan seseorang yang beriman dan soleh atau solehah. Tidak perlu lah terlalu merendah diri sehingga seolah-olah tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah adalah perkataan yang sebaik-baiknya kerana memberi segala kesyukuran kepada ALLAH.

Jodoh pertemuan sebenarnya telah ditetapkan oleh ALLAH. Cuma adakah kita benar-benar mengharap kepada ALLAH. Beginilah, harapan kepada ALLAH itu suatu kemestian, tetapi hendaklah disertai dengan usaha. Bagaimana ingin berusaha? Jawapan: Carilah yang beriman. Kita semestinya tidak mengetahui siapakah yang menjadi milik kita (suami isteri) dan ia tetap menjadi rahsia ALLAH sehinggalah tiba saatnya.

Kembali kepada jodoh pertemuan. Kadangkala tanpa disangka-sangka kita bertemu dengan insan yang memberi inspirasi kepada kita untuk terus menerus memberi kebaikan kebaikan di muka bumi ini. (InsyaAllah berterusan Istiqamah dalam perjuangan biarlah kerana ALLAH kerana jadikanlah Insan inspirasi sekadarnya). Fitrah manusia menyukai seseorang yang menampilkan kata-kata yang baik, mengingatkan kepada ALLAH, mengajak kepada kebaikan dll kebaikan.




Suke? Like je oke :D

PENGHORMATAN PADA DIRI SENDIRI - FAKTOR KE ARAH KEJAYAAN

Ivan Burnell, (1995) seorang ahli korporat dan pakar motivasi barat dalam penulisannya bertajuk "The Power of Positive Doing", mengatakan bahawa satu cara untuk memberi keyakinan pada diri sendiri ialah dengan menghormati diri kita serta menganggap bahawa diri kita adalah penting.

Oleh itu kita harus mengurus diri kita sendiri dengan sebaik mungkin bukan hanya pada aspek fizikal sahaja tetapi juga pada aspek mental dan emosi.

Seterusnya kita harus bertanya pada diri kita sendiri SIAPA kah diri kita ini? Di sini saya ingin mengupasnya pada setiap huruf yang terbentuknya perkataan SIAPA:-

S - membawa pengertian "saya". Dalam semua urusan kita harus berbangga dengan diri kita. Allah telah berfirman dalam suruh Al-Baqarah yang bermaksud …. Kamu dilahirkan sebagai umat yang terbaik….

Berpandukan maksud ayat ini maka kita harus berbangga pada diri sendiri serta bersyukur kerana kita telah dilahirkan dan dapat menaikmati kehidupan di dunia ini serta berjaya mengharungi zaman-zaman yang lampau hinggalah ke hari ini. Oleh kerana manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik, maka wajarlah kita menghormati diri kita sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang boleh memberi faedah kepada diri serta kelauarga kita.

I – membawa pengertian "insan". Saya adalah seorang insan dan bukannya robot atau komputer yang perlu di arah untuk melakukan sesuatu tindakan. Sebagai seorang insan kita dilengkapi dengan pancaindera yang berfungsi mengikut keperluan-keperluan tertentu.

A – membawa pengertian "amalan". Sebagai seorang insan yang hidup di dunia ini, kita seharusnya mengamalkan segala ilmu yang kita pelajari. Sesuatu ilmu itu akan pudar sekiranya ianya tidak diamalkan.

Setiap pagi atau petang kita akan mengamalkan latihan menyegarkan badan supaya ianya sihat dan terjauh daripada penyakit. Oleh itu amalan adalah asas kepada tindakan manusia dan ianya adalah merupakan sebagai "pasport" ke arah kejayaan. Tidak ada kejayaan tanpa amalan.

P – membawa pengertian "peribadi". Setiap manusia mempunyai peribadi. Jika kita seorang pelajar setiap tingkah laku kita haruslah bercirikan seorang pelajar sama ada di sekolah, di rumah atau di mana-mana sahaja. Peribadi yang mulia dapat mengelakkan daripada tercetusnya masalah-masalah yang boleh menganggu ketenteraman fikiran. Fikiran yang tenteram membolehkan kita belajar serta menjalani kehidupan yang lebih sempurna

A – membawa pengertian "adil". Kita sering kali menyalahkan kepada orang lain dengan mengatakan mereka tidak adil pada diri kita. Tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri apakah kita telah berlaku adil pada diri sendiri?

Kita dikurniakan oleh Allah lengkap dengan anggota tubuh badan. Sejauhmanakan kita telah menggunakan segala angota kita dalam melaksanakan seala tindakan dan tugas kita setiap hari? Ramai di antara kita yang mempunyai "penyakit" tidak yakin pada diri kita sendiri. Kita seolah-olah menolak hakikat bahawa diri kita yang dicipta oleh Allah mempunyai pelbagai potensi sama seperti orang lain.

Dalam hadith nabi ada menyebut……..tidak ada suatu kurnia yang diberikan oleh Allah kepada manusia lebih utama dari keselamatan, kecuali keyakinan (diri) sahaja…..Hadith ini memperingatkan kepada kita bahawa keyakinan diri adalah merupakan faktor yang penting ke arah menggerakkan diri kita ke arah yang lebih dinamik serta berwawasan.

Menyedari bahawa diri kita adalah seorang insan yang perlu mengamalkan segala ilmu yang kita dipelajari serta mempunyai peribadi maka kita seharusnya berlaku adil pada diri sendiri.

Jangan biarkan perasaan dan emosi kita mengongkong serta menjadi penghalang ke arah tindakan dan hasrat kita yang murni itu. Anggapkan bahawa apa sahaja yang dapat dilakukan oleh orang lain, kita juga dapat melakukannya.

Kebolehan seseorang itu bukannya terletak pada bangsa, agama ataupun saiz badannya tetapi kebolehan seseorang itu diukur dari segi tindakan dan hasilannya. Tindakan adalah hasil daripada semangat yang kental serta dari jiwa yang cekal.

Hormatilah diri sendiri serta hadapilah segala cabaran pada setiap hari dengan penuh keyakinan. Kejayaan sentiasa bersama kita!


Suke? Like je oke :D