Monday, August 8, 2011

Need your vote ..


Nak mintak tolong cket bley tak? :)

Erm.. Aku ade join satu contest nie. Contest tu diberi name "My Style"..
Jadi, aku nak mintak jasa baik korang untuk LIKE my pic untuk contest nie. Oh ye.. Aku tak memaksa korang untuk LIKE ok. Hehe. Terpulang pada korang.
Winkwink ^^,

Tarikh akhir: 15/8/2o11

TO VOTE :

STEP 1: LIKE : http://www.facebook.com/pa​ges/Cantik-Ke-Hodoh-Ke-Yg-​Penting-Saye-Ade-Yg-Sayang​-/119701781445297?sk=wall

STEP 2: LIKE My Picture : http://www.facebook.com/ph​oto.php?fbid=1470256153795​80&set=a.147018012047007.3​8831.119701781445297&type=​1


Thanks~
Suke? Like je oke :D

Huh... Leganya rasa (^^,)

Pagi semalam (7/8/2011), aku pegi kedai komputer dengan mak aku. Paham-paham la kan aku pegi sane untuk buat ape kan. Takkan nak berjoget pulak. Hek3. Juz kidding. Baru aku tau, kat Diamond Bay ni ade kedai komputer yang bukak hari Ahad. Maklum la, public holiday la katakan. Paling kuat pun kedai-kedai bukak sampai hari Sabtu jewp.

p/s: Takmo tau ke Diamond Bay tu amende? HAHA. Ngekk nyer aku nih. Dushh. Ambik ko Nadia. -_-

Ok, sesampainya aku kat kedai tu, aku pun bukak pintu masuk. (pasaipa la ang ni, tu pun ang nak habaq ka?) hik3. Erm, aku pun terus straight pegi kat kaunter servis. Aku pun citer la problem lappy aku tu. Berikut adalah dialog kami berdua :-

Cina babyface : Owh.. Laptop u ade masalah hard disk sikit. Tak rosak pun. Lagi sejam u datang sini ambik balik ok ~

Aku :
Owh ye ke... Saya nak tanya ni, kena format tak?


Cina babyface :
Maybe tak. Tapi biar kami trace dulu ok. Kalau format pun, dun wori maa. Kami akan kasi backup semua semua fail u. Hehe (Dia gelak tersengih-sengih)


Aku : Phewww~(punye la happy aku mase tu. Aku bertanya lagi kat dia)
Aku : Berapa kena charge ye kalau nak repair ni? (Harap-harap murah la.Tengah sengkek ni. Duit PT pun takdek. Heheh)

Cina babyface : RM10 saja.

Aku : Owh.. ok-ok. Lagi sejam saya datang ambil ok. Tenkiu~~(Dan aku pun berjalan dengan perasaan senang hati) Wink wink^^

Aku ni cepat gelabah. Padahal mende kecik je. Kan..kan..? :))
Moral of the story, please take care of your belongings. expecially ur Lappy... Macam yang mak aku kata, 'bile benda senang dapat, buat andah tak endah jek .. Tak pandai nak jage betul-betul. Sampai pagi maen tenetnyer. Nahh.. tengok, kan majuk laptop ang tu"


p/s: Pic ni takde kaitan dengan entri keyh. Sesuka hati letak. Hehehe.
Suke? Like je oke :D

Sunday, August 7, 2011

Alahai ...Dugaan-dugaan ...


Ha.. Ape yang aku maksudkan tu ialah lappy kesayangan aku. Sengal punye lappy. Punye la aku jaga "ia" bagai menatang minyak yang penuh, dia buat hal pulak. Err...er... Petang tadi, aku nak on9. Tapi entah macam mane lappy aku tak boley nk on. Takat intro je boley. Part yang nak keyin password tak sempat nak kuar pown. Huh.. tension betul aku. Terpikir-pikir jugak, ape la masalah dia nih.Bukannye ape, sepanjang aku gune setahun ni, ok je. Takde masalah pe. Tuptap, gini jadinye. Sob3.. Bulan-bulan puasa macam ni plak dia nak meragam. Please laa. Kesian la kat aku ni boley tak wahai ASUS ku yang terchenta ??!

Aku tanya la kat kawan aku. Kalau jadi macam gitu, ape masalahnye. Dia kata mybe hard disk tak detect.. takpun maybe OS(Operating System) rosak. takpun hardware dia. Huhu.. Banyak kemungkinan dia kan. Dia kata kalau kena OS rosak , kena format balek. OH NO! Siyezly aku tak sanggup. Sebab gambar-gambar yang aku simpan sejak zaman matrik sampai sekarang semua ade dalam lappy. Kenangan mase 1st year aku kat UniMAP pown ade & gambar-gambar laen yang bermakna dalam hidup aku. Rase nak "nangis" je bile dia kata maybe kena format balek.. Uwaaa...

TAPI... TAPI... hehe.. Kawan aku kata boley buat backup dulu sebelum format. Ye, memang betul . Tapi aku bagitau kat dia lagi, kalau boley ON, sempat gak nak transfer semua file-file tu, tapi ni langsung tak boley. Sebab tak boley nak ON. Dan dia cakap, tu takde masalah. Boley je bukak hard disk tu and transfer dalam PC. Hik3.. Macam tu rupenye. Baru aku tau.
Oh ye. Aku tulis entri ni gune lappy abang aku. Hehe. Nasib la dia ade. Kalau tak, kebosanan aku kalau tak boley on9. Ngeeee~~

P/s: Name je aku amik kos computer engineering, tapi mende simple macam ni pown aku fail. apekes ?? Hehe. Takpe, pelan-pelan kayuh. Lagipun aku tak belajar yang lebih detail lagi. Basic-basic je sekarang nie. Takpe, akan ku teruskan perjuangan aku nie. Chaiyokk nadia ! HAHA~



Suke? Like je oke :D

Thursday, August 4, 2011

tak terucap dengan kata-kata

Salam.. hampir setengah tahun aku tak ber'blogging'.. hehe. al-maklum la, aku bukan seorang blogger yang tegar. :) okey, dengan lafaz Alhamdulilah, aku mulakan entri untuk kali ni. Pagi tadi, semasa aku tengah on9 FB, aku adalah jumpe 1 blog nih. Masyaallah, aku kagum sangat dengan keberanian diorang berdua tu. Walaupun umur baru 19 tahun, aku boleh nampak sifat berdikari dalam diri diorang berdua. Nak tau tak ape di sebalik entri yang aku tulis ni? Jeng2.. Jap2... nak bersin jap. . Hachummm.. (maap: aku selsema 2,3 hari ni :) ) hek3.

Ok, aku nak mula ni.. Nak tau x? (p/s: apela nadia ni. cepatla sikit. henggot betul la. haha)
Ni ha... aku nak ambil sikit la mood kebahagiaan mereka berdua tu. huhu. Kalau korang nak tau, si gadis dan si jejaka tu baru je habis matriks. Kiranye , dorang tu alumni KMNS la kan. :) Aku belek punya belek FB orang lain, aku terbaca la 1 link blog yang sumbody post nie. Aku klik la. Coz curious sangat nak tau!

Owner blog tu sangat manis orangnye..Ni blog dia. http://myraluvherlife.blogspot.com Aku baca la entri yang dia tulis. Dia tulis , "Kini Aku Bergelar Seorang Isteri" Perrgghhh. Dalam hati aku, bertuahnya dia ni..Huhu. Selepas aku baca sampai habis entri dia tu, aku terasa seolah-olah, aku pulak yang berada kat tempat dia. ( ngade2 pulak aku nih kan. haha ) Aku sangat bangga dengan diorang ni. Even aku tak kenal pun dengan diorang, tapi, bagi aku bila seseorang tu dah menjangkau ke alam perkahwinan, tugas yang berat bakal seseorang itu lalui sebab kita bukan bujang lagi. Hehe . (Amboi cik kak kita ni, macam dah ada pengalaman je) ahaha. Jangan korang pikir bukan-bukan plak k. Aku tak kawin lagik. :DD Oh ye, Sifat bertanggungjawab, setia, jujur, amanah, kasih sayang, perlu ada dalam setiap hubungan. Bukan untuk yang bercinta je, yang dah kawin pun tersangatla penting. Untuk kekal lama sehingga akhir hayat. Aminn. Tapi jangan lupa pada Dia Yang Satu =Allah S.W.T...

Ermm..ermm.. sebelum ni aku pernah tanya kat mak aku. Aku takut nak tanya, tapi aku beranikan diri gak. Sebab mak aku tu garang beb. Hehe. Tapi hati dia lembut. :) Berikut adalah dialog antara mak & anak :-

Aku : Mak, boleh tak kalau acu nak kawin awal. Sebab dia ade plan nak meminang. Maybe mase acu 4th year nanti. Macam mane ye mak??

Mak : Dah-dah. Buat mase sekarang aku taknak dengar pun soal kawin-kawin ni. Bagi habis belaja dulu. Lagipun ang tu muda lagi. Mungkin nanti hati ang tu berubah ke orang lain plak kan. Aku kenal sangat perangai ang tu. Hati tak tetap. Dan jangan bagi orang harapan. Tak baek. (dengan nada yang tenang)

Aku : Tapi mak. Kan elok kalau kawin awal. Untuk elakkan perbuatan maksiat. Nanti kalau keluar dating pun, orang laen takleh curiga kat kita sebab kte dah jadi milik lelaki tu. Betul tak mak?? ( smbil wat muke snyum2 kambing kat mak aku )

Mak : iya.. tu memang la betul. Tapi dengan umur ang yang mude sekarang ni, belum sesuai lagi nak pikir tentang kawin. Ang tu pun aku duk jaga sekarang ni. Aku tak halang sape pun pilihan ang. Tapi biarlah laki tu boleh jaga ang dan tak mengabaikan ang. Papepun, habiskan belaja dulu. Pastu keje dulu sekejap. Pastu ang nak kawin, kawin la. Aku tak halang. Aku cume nak ang belaja uruskan diri sndiri dlu & family ang ni. Supaya ang boleh lalui pahit getir, suka-duka sebagai seorang isteri.

Aku : Ok.. Insyaallah.. Kalau cmtu, orang ikut ckap mak ye. Jangan risau, orang takkan abaikan kebajikan mak & mamat . (P/S: mamat tu abang aku. :D )

Sebenarnya, aku nak jugak kawin awal ni. Tapi tak diberi keizinan. Sebab aku kena ikut nasihat mak aku. Coz nasihat2 seorang ibu & ayah ni menjamin kebahagiaan kita jugak kan. Tak rugi kalu ikut pun.. Huhu....

Sekian untuk kali ni~
Suke? Like je oke :D

Monday, January 31, 2011

CeriTEra LaSt MiNit


Kiri: tiket yang dibeli awal.
Kanan: tiket yang dibeli last minit.


29/1/2011 :

Aku nak balik Teluk Intan (T.I).. Aku dah beli tiket seminggu awal kot. Takde bas yang direct dari Kangar ke T.I... So, aku terpaksa naik bas 2 kali. 1st dri Kangar ke Butterworth(10.30 pagi). Then, dari Butterworth ke T.I( 2 petang)..Tapi nak dijadikan cerita, aku terbangun lewat pagi yang aku nak balik tu. tapi takde la lambat mana pun. 8.30 pagi aku bangun. Aku terus kejutkan rumet aku coz dia yang akan hantar aku ke stesen bas Kangar tu. Sampai kat Kangar around 9.30 pagi. Berlari-lari aku ke kaunter coz tiket ke Butterworth tu kena beli on da spot. Tak boleh beli awal2 macam tiket2 laen. So, aku pun pi la beli. Aku nak beli pukul 10.30 punya. Sampai kat Butterworth tu dalam pukul 1. Then, aku kena tunggu sejam untuk naik next bas ke T.I pulak. Tetibe pakcik kat kaunter tu cakap, bas last ke Butterworth pukul 9.30. Coz bas banyak rosak. Penjualan tiket akan stat balik pkul 12.00 tengahari. Perggh,, angin aku sekejap. Mane sempat nak kejar bas aku yang kat sana tu kan. Then, aku pi la ke kaunter laen. Banyak yang full. Klau ade pun, 6.30 petang. Alamatnya , tak balik la aku camtu kan. Aku pikir sejenak. Baru aku teringat yang aku ade 2nd choice. Aku nak try beli tiket lain. Dari Alor Star ke T.I. Memang nasib aku la, tiket tu ada. Yang terakhir pulak tu. 8 malam.. 1st time dalam hidup aku beli tiket last minit . HAHA. Bila pikir balik, gile plak aku ni. Nak balik punya pasal kan. Hehe. Pastu , aku mintak tolong rumet aku hantarkan aku ke Alor Star. Dia pun layan je ngan kerenah aku ni. hehe. THANX YUMMY.. Takkan lupa jasa ko! Bertolak ke AS pukul 12.30 pm. Sampai pukul 1.15 pm. Ada 6 jam lebih sementara aku nak naik bas. So, kitorang abiskan masa kat Alor Star Mall sepanjang hari tu. Nak tengok wayang, tapi tak jadi. Coz YUMMY takley tengok cter hantu. Aku teringin nak tengok muvie KHURAFAT tu. Dah banyak kali pi tengok wayang, tapi ade je penghalang untuk aku tengok muvi tu. Hehe. Tapi pikir balik, dah la YUMMY balik kuala perlis malam. Drive sorang2 pulak tu. Then, kitorang tukar plan laen. Dia ajak pi karoke. kat dalam mall tu jugak. 3pm-6pm: rm18 hengget sorang. HAA.. Melalak la kitorang berdua dalam bilik tu. Dua2 perempuan. Aku tak la malu sangat. Hehe. Klau ade laki join kitorang, siyezly, aku takkan pi karoke tu. Takut gak kalau2 ade pencegah maksiat datang ke kan. Hehe. Lepas pukul 6, dia pun terus hantar aku ke stesen bas Shahab. Jalan jem plak masa tu. Harap2 dapat smpai awal. Alhamdulilah la. Kitorang sampai pukul 7. Ade baki sejam lagi sebelum aku naik bas. Dia sanggup teman aku kat sane.Sampai depan bas .Tengs banyak2 weh. Takkan lupa jasa ko. Huhu.. Ni gambar kitorang berdua kat Mall tu. Menggedik kat toilet sat. Haha.


Suke? Like je oke :D

Thursday, January 27, 2011

MeMoRi antara kau dan aku !












Suke? Like je oke :D

Wednesday, January 26, 2011

DenDAM? PeRosak Jiwa je lah ~


Setiap orang pernah sakit hati kan. Dan kompem pernah berdendam dengan seseorang kan.. Dan aku salah sorang daripada hamba-hamba Allah tersebut.. Erm, siyezly aku kalau dah benci seseorang tu, aku akan bencikan dia sampai bila-bila. Aku pun bukannya "BAEK" sangat pun. Tapi aku takkan benci seseorang tu melainkan orang tu yang cari pasal dulu. Hurm. Aku start berdendam-dendam nie masa tahun 2007. Perghh, sakit gila dowh hati ni. Sampai tahun ni aku susah nak lupakan apa yang "beliau" dah buat kat aku. Muka baik, tapi tak aku sangka dia macam tu. Tak perlu la aku nak cerita apa masalah aku antara orang kedua, orang ketiga dan aku~ Macam mengaibkan pulak kan. Tapi baru-baru ni aku terpikir, perlu ke aku nak berdendam? Jawapannya: Aku ade terbaca motivasi kat tenet nih. Kat situ tertulis, keburukan berdendam. Sangat lah buang masa oke. Merosakkan jiwa dan hati ade ler. Dan aku terpikir, dah masanya aku maafkan dia. Aku sebagai hamba Allah , tak pernah lari daripada kesilapan. Dan setiap yang bernyawa, tak terlepas daripada dugaan Allah. Anggap lah dugaan yang diberi tu sebagai motivasi dan iktibar untuk teruskan hidup. Memaafkan seseorang memang diharuskan dalam Islam. 4 tahun, bukannya lama. Agak-agaknya bernanah dah kot hati aku nie. HeHe. Aku dah pun maafkan dia. Semoga dia berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat. Jangan kerana seorang lelaki, kita nak berdendam. Jodoh dan pertemuan ketentuan Allah, kalau kita clash dengan gf/bf kita, jangan nak frust menonggeng bagai. Coz setiap perkara yang berlaku telah diaturkan dengan takdir Allah. Mungkin Allah menjanjikan yang terbaik untuk kita di kemudian hari. Dan kalau dah jodoh tertulis dengan orang tu, terimalah dia siapa diri dia sekarang. Jangan nak ubah-ubah dia ikut citarasa korang pulak ye. takde maknanya sume tu. Macam ubah batu ke berlian . Mustahil gila kan. HuHu. Cinta yang hadir lahir daripada hati yang suci, bukan dari hati yamg busuk or dengki-mendengki nih. Aku tak nafikan, hati aku tak pernah tenang lepas perkara tu berlaku dalam hidup aku. Tapi sekarang, Alhamdulilah, aku dapat teruskan hidup dengan orang-orang yang sentiasa sayangkan aku, dan beri sokongan dalam hidup aku. Terutamanya mak aku dan "seseorang". Hehe.
Suke? Like je oke :D

Tuesday, January 25, 2011

ERTI CINTA~JODOH PERTEMUAN~



(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Surah An-Nur:26


Dari firman ALLAH di atas jelas ALLAH telah menjanjikan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat (sama juga untuk pihak perempuan). Apakah definisi sebenar baik dan jahat dari segi Islam? Sebenarnya konsep baik jahat terletak kepada akhlak dan iman seseorang.

Seringkali terdengar perkataan merendah diri. ’saya tidak sesuai untuk awak kerana awak terlalu baik’. Ayat sebegini bagus kerana merendah diri, tetapi adakah lebih elok dikatakan ‘InsyaAllah saya akan berusaha jadi lebih baik kerana ALLAH dan saya bersyukur mengenali awak’. Mengapa ia lebih elok? Jawapan: Menunjukkan kesyukuran kepada ALLAH kerana dipertemukan dengan seseorang yang beriman dan soleh atau solehah. Tidak perlu lah terlalu merendah diri sehingga seolah-olah tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah adalah perkataan yang sebaik-baiknya kerana memberi segala kesyukuran kepada ALLAH.

Jodoh pertemuan sebenarnya telah ditetapkan oleh ALLAH. Cuma adakah kita benar-benar mengharap kepada ALLAH. Beginilah, harapan kepada ALLAH itu suatu kemestian, tetapi hendaklah disertai dengan usaha. Bagaimana ingin berusaha? Jawapan: Carilah yang beriman. Kita semestinya tidak mengetahui siapakah yang menjadi milik kita (suami isteri) dan ia tetap menjadi rahsia ALLAH sehinggalah tiba saatnya.

Kembali kepada jodoh pertemuan. Kadangkala tanpa disangka-sangka kita bertemu dengan insan yang memberi inspirasi kepada kita untuk terus menerus memberi kebaikan kebaikan di muka bumi ini. (InsyaAllah berterusan Istiqamah dalam perjuangan biarlah kerana ALLAH kerana jadikanlah Insan inspirasi sekadarnya). Fitrah manusia menyukai seseorang yang menampilkan kata-kata yang baik, mengingatkan kepada ALLAH, mengajak kepada kebaikan dll kebaikan.




Suke? Like je oke :D

PENGHORMATAN PADA DIRI SENDIRI - FAKTOR KE ARAH KEJAYAAN

Ivan Burnell, (1995) seorang ahli korporat dan pakar motivasi barat dalam penulisannya bertajuk "The Power of Positive Doing", mengatakan bahawa satu cara untuk memberi keyakinan pada diri sendiri ialah dengan menghormati diri kita serta menganggap bahawa diri kita adalah penting.

Oleh itu kita harus mengurus diri kita sendiri dengan sebaik mungkin bukan hanya pada aspek fizikal sahaja tetapi juga pada aspek mental dan emosi.

Seterusnya kita harus bertanya pada diri kita sendiri SIAPA kah diri kita ini? Di sini saya ingin mengupasnya pada setiap huruf yang terbentuknya perkataan SIAPA:-

S - membawa pengertian "saya". Dalam semua urusan kita harus berbangga dengan diri kita. Allah telah berfirman dalam suruh Al-Baqarah yang bermaksud …. Kamu dilahirkan sebagai umat yang terbaik….

Berpandukan maksud ayat ini maka kita harus berbangga pada diri sendiri serta bersyukur kerana kita telah dilahirkan dan dapat menaikmati kehidupan di dunia ini serta berjaya mengharungi zaman-zaman yang lampau hinggalah ke hari ini. Oleh kerana manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik, maka wajarlah kita menghormati diri kita sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang boleh memberi faedah kepada diri serta kelauarga kita.

I – membawa pengertian "insan". Saya adalah seorang insan dan bukannya robot atau komputer yang perlu di arah untuk melakukan sesuatu tindakan. Sebagai seorang insan kita dilengkapi dengan pancaindera yang berfungsi mengikut keperluan-keperluan tertentu.

A – membawa pengertian "amalan". Sebagai seorang insan yang hidup di dunia ini, kita seharusnya mengamalkan segala ilmu yang kita pelajari. Sesuatu ilmu itu akan pudar sekiranya ianya tidak diamalkan.

Setiap pagi atau petang kita akan mengamalkan latihan menyegarkan badan supaya ianya sihat dan terjauh daripada penyakit. Oleh itu amalan adalah asas kepada tindakan manusia dan ianya adalah merupakan sebagai "pasport" ke arah kejayaan. Tidak ada kejayaan tanpa amalan.

P – membawa pengertian "peribadi". Setiap manusia mempunyai peribadi. Jika kita seorang pelajar setiap tingkah laku kita haruslah bercirikan seorang pelajar sama ada di sekolah, di rumah atau di mana-mana sahaja. Peribadi yang mulia dapat mengelakkan daripada tercetusnya masalah-masalah yang boleh menganggu ketenteraman fikiran. Fikiran yang tenteram membolehkan kita belajar serta menjalani kehidupan yang lebih sempurna

A – membawa pengertian "adil". Kita sering kali menyalahkan kepada orang lain dengan mengatakan mereka tidak adil pada diri kita. Tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri apakah kita telah berlaku adil pada diri sendiri?

Kita dikurniakan oleh Allah lengkap dengan anggota tubuh badan. Sejauhmanakan kita telah menggunakan segala angota kita dalam melaksanakan seala tindakan dan tugas kita setiap hari? Ramai di antara kita yang mempunyai "penyakit" tidak yakin pada diri kita sendiri. Kita seolah-olah menolak hakikat bahawa diri kita yang dicipta oleh Allah mempunyai pelbagai potensi sama seperti orang lain.

Dalam hadith nabi ada menyebut……..tidak ada suatu kurnia yang diberikan oleh Allah kepada manusia lebih utama dari keselamatan, kecuali keyakinan (diri) sahaja…..Hadith ini memperingatkan kepada kita bahawa keyakinan diri adalah merupakan faktor yang penting ke arah menggerakkan diri kita ke arah yang lebih dinamik serta berwawasan.

Menyedari bahawa diri kita adalah seorang insan yang perlu mengamalkan segala ilmu yang kita dipelajari serta mempunyai peribadi maka kita seharusnya berlaku adil pada diri sendiri.

Jangan biarkan perasaan dan emosi kita mengongkong serta menjadi penghalang ke arah tindakan dan hasrat kita yang murni itu. Anggapkan bahawa apa sahaja yang dapat dilakukan oleh orang lain, kita juga dapat melakukannya.

Kebolehan seseorang itu bukannya terletak pada bangsa, agama ataupun saiz badannya tetapi kebolehan seseorang itu diukur dari segi tindakan dan hasilannya. Tindakan adalah hasil daripada semangat yang kental serta dari jiwa yang cekal.

Hormatilah diri sendiri serta hadapilah segala cabaran pada setiap hari dengan penuh keyakinan. Kejayaan sentiasa bersama kita!


Suke? Like je oke :D