Tuesday, January 25, 2011

ERTI CINTA~JODOH PERTEMUAN~



(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Surah An-Nur:26


Dari firman ALLAH di atas jelas ALLAH telah menjanjikan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat (sama juga untuk pihak perempuan). Apakah definisi sebenar baik dan jahat dari segi Islam? Sebenarnya konsep baik jahat terletak kepada akhlak dan iman seseorang.

Seringkali terdengar perkataan merendah diri. ’saya tidak sesuai untuk awak kerana awak terlalu baik’. Ayat sebegini bagus kerana merendah diri, tetapi adakah lebih elok dikatakan ‘InsyaAllah saya akan berusaha jadi lebih baik kerana ALLAH dan saya bersyukur mengenali awak’. Mengapa ia lebih elok? Jawapan: Menunjukkan kesyukuran kepada ALLAH kerana dipertemukan dengan seseorang yang beriman dan soleh atau solehah. Tidak perlu lah terlalu merendah diri sehingga seolah-olah tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah adalah perkataan yang sebaik-baiknya kerana memberi segala kesyukuran kepada ALLAH.

Jodoh pertemuan sebenarnya telah ditetapkan oleh ALLAH. Cuma adakah kita benar-benar mengharap kepada ALLAH. Beginilah, harapan kepada ALLAH itu suatu kemestian, tetapi hendaklah disertai dengan usaha. Bagaimana ingin berusaha? Jawapan: Carilah yang beriman. Kita semestinya tidak mengetahui siapakah yang menjadi milik kita (suami isteri) dan ia tetap menjadi rahsia ALLAH sehinggalah tiba saatnya.

Kembali kepada jodoh pertemuan. Kadangkala tanpa disangka-sangka kita bertemu dengan insan yang memberi inspirasi kepada kita untuk terus menerus memberi kebaikan kebaikan di muka bumi ini. (InsyaAllah berterusan Istiqamah dalam perjuangan biarlah kerana ALLAH kerana jadikanlah Insan inspirasi sekadarnya). Fitrah manusia menyukai seseorang yang menampilkan kata-kata yang baik, mengingatkan kepada ALLAH, mengajak kepada kebaikan dll kebaikan.




Suke? Like je oke :D

0 comments:

Post a Comment